Thursday 20 February 2014

Duniawi Ukhrawi

sekadar ingat mengingatkn

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa
��Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan
✅Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT
dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia
✅kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah
✅tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT
Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar.������

Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat
kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...
tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...          Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman
apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya..
setiap kali menyambut hari jadi.kita sibuk nak raikan sebaik mungkin.tetapi kita telah lupa.dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...

kita patut bermuhasabah mengenai bekalan.
ke satu perjalanan yang jauh.
yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.
sesungguhnya mati itu benar.
Alam kubur itu benar, Hisab itu benar mahsyar Allah itu benar syurga dan neraka itu benar...

No comments:

Post a Comment